Dari Abu Hurairah, beliau berkata, "Saya mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang melihat aku dalam mimpi, maka samalah dia melihatku ketika jaganya, kerana syaitan tidak sanggup membuat gambaranku."
Kata Abu Salamah, Abu Qatadah berkata, "Rasullullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang melihat aku, maka dia melihat yang benar."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasullullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang melihat aku dalam tidurnya, maka dia tidak masuk neraka."
Dari Sa'id bin Qais, dari ayahnya, katanya Rasullullah s.a.w. bersabda:
"Tidak masuk neraka orang yang melihat aku dalam tidurnya."
Sesungguhnya Allah S.W.T. mengutus Muhammad s.a.w. sebagai rahmat untuk sekalian alam. Beruntunglah orang yang sempat melihatnya kemudian dia mengikutinya dan juga beruntunglah orang yang melihat beliau dalam tidurnya kerana:
Satu pendapat menyatakan, barangsiapa yang melihat Rasullullah s.a.w dalam mimpinya, maka takwilnya bukan hanya berlaku kepadanya, tetapi kepada jemaah kaum Muslimin.
- Jika yang melihat beliau itu orang yang mempunyai hutang, maka dia akan dapat menyelesaikan hutangnya.
- Jika yang melihatnya itu orang yang berpenyakit maka akan sembuhlah penyakitnya.
- Jika yang melihatnya itu orang yang sedang berperang maka akan menanglah dia dalam peperangan.
- Jika dia melihatnya dalam keadaan gembira, maka dia akan mengerjakan haji.
- Jika dilihat di kawasan yang kering, akan suburlah kawasan itu.
- Jika dilihat seolah-olah beliau berada di negeri yang bermaharajalela kezalimannya, maka akan tegaklah keadilan.
- Jika dilihat di tempat yang kacau, maka akan amanlah tempat itu.
- Jika seseorang itu melihat meminum darahnya kerana cinta kepadanya, yakni di tempat yang sunyi, maka dia akan syahid atau mati dalam berjihad.
- Jika bermimpi meminum darahnya di tempat terang, menunjukkan orang yang munafik atau ada mencaci ahli bait Rasullullah s.a.w atau turut membantu membunuh mereka.
- Jika ada orang yang melihat Rasullullah s.a.w berpenyakit, kemudian sembuh dari penyakitnya, bererti penduduk di tempat itu menjadi baik setelah sebelumnya membuat kerosakan.
- Jika ada orang melihat Rasullullah s.a.w sedang menaiki tunggangan, maka dia akan menziarahi kuburnya.
- Jika melihat beliau sedang berjalan kaki, maka orang yang bermimpi itu tetap dalam pendiriannya.
- Jika ada orang yang melihat beliau sedang azan di tempat yang hancur, maka tempat itu menjadi makmur.
- Jika ada orang melihat Rasullullah s.a.w saling memberi makan dengannya, bererti merupakan amaran supaya dia mengeluarkan zakat hartanya.
- Jika ada orang melihat Rasullullah s.a.w sudah wafat, bererti ada keluarganya akan mati.
- Jika ada orang melihat jenazah Rasullullah s.a.w di suatu tempat, maka akan terjadi bencana besar di tempat itu.
- Jika ada orang melihat turut mengiringi jenazah Rasullullah s.a.w sampai ke perkuburan, bererti dia cenderung melakukan perkara bid'ah.
- Jika ada orang yang bermimpi yang bermimpi menziarahi kuburan Rasullullah s.a.w, maka dia akan mendapat harta yang banyak.
- Jika ada orang yang melihat seolah-olah dia anak Rasullullah s.a.w padahal dia bukan keturunan Baginda, bererti imannya ikhlas dan sebaliknya, kalau ada orangmelihat seolah-olah dia adalah ayah Rasullullah s.a.w, maka itu menunjukkan kerapuhan agamanya serta kelemahan iman dan keyakinannya.
- Jika ada orang melihat Rasullullah s.a.w memberikan sesuatu yang disenangi kepadanya, atau memberi makanan atau minuman, maka dia akan mendapatkan kebaikan sesuai dengan kadar yang diberikan Rasullullah s.a.w kepadanya dalam mimpi itu.
Satu pendapat menyatakan, barangsiapa yang melihat Rasullullah s.a.w dalam mimpinya, maka takwilnya bukan hanya berlaku kepadanya, tetapi kepada jemaah kaum Muslimin.
No comments:
Post a Comment